Sunday, 4 August 2013

Sakit.

Bila aku baik, kau diam.
Bila jahat kau membisu,
Bila kau yang baik, aku kecoh,
Bila kau membisu, aku menangis.

Sakit,
Seharusnya pedih,
Tak nak kau tahu,
Sekadar Allah dan Aku saja rasa.

Kepahitan menjalani kehidupan,
Tanpa sahabat,
Tiada aku disini,
Itu ukhuwah,

Kau,
Memang selalu hadir dalam mimpi,
Saat pertama kalinya,
Aku menangis,

Janji,
Tak pernah ada,
Tapi aku sentiasa menanti,
Untuk kau lakukan.

Menangis,
Aku sentiasa,
Tapi aku bodoh kerana menangis,
Hanya sebab kau.

Hari memakan hari,
Sehingga tiba kini,
Aku berubah,
Bukan sebab kau,

Teman,
Tetiba hadir dalam hidup,
Yang mengajar aku,
Erti doa seorang sahabat fillah.

Tak pernah aku lalui,
Kerana dahulu,
Aku hanya celik dengan kau,
Dan jahil tentang akhirat.

Dimana aku sekarang?
Aku berada ditengah tengah,
Untuk apa?
Aku ingin menyembuhkan kedua dua.
Siapa?
Samada yang celik mahupun jahil.

Tak pernahkah,
Aku berkompromi dengan kau?
Tak pernah kah?
Hanya kau yang menjadi egois.

Kau pernah terfikirkah?
Yang aku sakit dengan penjajahan kau di hati aku?

Dahulu aku yang jahil, hanya melihat satu sudut.

No comments:

Post a Comment