Friday, 2 August 2013

Dunia.



Di dunia hanya omongan kosong,
Di sangka tiada siapa yang perhati,
Mengulit dosa pada duri,
Hingga habis terguris dek kerana duri.

Di jangkanya tiada yang melihat,
Dosa sekecil zarah sekali pun,
Menjual diri pada dunia,
Hingga habis di jilat balasan.

Dunia kian tua,
Menandakan orangnya semakin kufur,
Menunggu tibanya akhirat,
Tetapi lupa untuk buat kebaikan.

Kata kata mendamping semangat,
Perbuatan tumpul punah hancur,
Tak kenal erti istiqamah,
Itulah masih bermain dengan dunia.

Hancur bumi pada hari yang dijanji,
Dunya dibangga tiada erti,
Manusia penuh dengan sarkastik diri,
Hingga lupa mati kian menghampiri.

Jangan lupa Allah yang memerhati,
Sketsa kita dibumi,
Jangan lupa nanti,
Diri ini akan mati.

No comments:

Post a Comment